Monday, April 2, 2012

Sekolah Kita Maju Tengkorak Lu..


Kandang kambing lebih baik dari sekolah ini!

http://alhusseyn51.blogspot.com,01 Apr 2012
Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara Maju - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

Sebelum korang baca seterusnya di sini, sila tengok gambar di bawah ini :

                     Sk Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Korang fikir-fikirlah sendiri, apa jenis kualiti pendididikan yang Mat Sembab tu cuba temberangkan kepada rakyat. Setelah 50 tahun lebih Umno/BN mentadbir negara, masih ada sekolah macam kandang kambing begini!



Member wa dah tulis cam tu .. wa nak sambung.

Peruntukan paling banyak dikeluarkan oleh kerajaan adalah untuk tujuan pendidikan . Peruntukan itu pula diagih kepada dua bahagian iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran.

Kementerian Pendidikan Tinggi memang dapat peratus yang lebih banyak daripada peruntukan tersebut namun ini tidak bermakna Kementerian Pelajaran tidak berupaya mewujudkan sekolah yang lebih baik kepada Pendduk Tampulan Telipuk. Kota Kinabalu Sabah.

Najib kata negeri Sabah telah terkeluar daripada senarai negeri miskin. Gambar kat atas tu gambar apa? Gambar sekolah di negeri kaya ke?

Wa bukan nak mengutuk negara sendiri. Tapi hakikat yang berlaku di depan mata wa sangat memilukan. 

Lu orang tengok  sini     Inilah sekolah negara maju.

bandingkan sekolah kita dengan sekolah kat Sweeden tu.  Sapa lebih baik. Betulkah Muhyidin apabila berkata sistem pendidikan kita lebih baik daripada negara maju.

Kerajaan dakwa ekonomi negara sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Mamak Combi diberi  RM250 juta untuk bela lembu. Nak bagi RM 8 Juta untuk satu blok banguan sekolah tiga tingkat pun kedekut. Apa pasal?

Prinsip Rakyat didahulukan tu sebenarnya apa? Adakah rakyat didahulukan untuk mampos? 

Ptuih. Hanginnn wa kalau sebut bab pendidikan ni.

Nak kata apa lagi... Depa ni memang pungkuq , haramjadah dan lanun keparat.


Seruan wa pada rakyat Sabah. 

Pastikan anda mengundi PR pada PRU13  nanti. Cukup-cukuplah diperbangangkan oleh UMNO BN. 

Kita bina Sabah baru. Sabah yang jauh lebih baik daripada Sabah sekarang.


adios.

No comments:

Post a Comment