Thursday, April 12, 2012

Saman Noh Omar


Kes saman Noh Omar terhap Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu kehilangan RM110 juta wang bantuan petani miskin belum ada tanda-tanda akan didengar di mahkamah dalam waktu terdekat.Kes yang difahamkan telah difailkan dimahkamah tinggi Shah Alam pada 9 mac lalu melalui peguamnya Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin senyap begitu sahaja.

Kedua-dua pihak sebenarnya mempunyai sebab untuk menyegerakan kes kerana akan meningkatkan reputasi masing-masing dalam Pilihanraya Umum Ke 13. 

Noh Omar adalah individu yang merasakan dirinya difitnah dan mengikut undang-undang berhak berbuat demikian demi membersihkan namanya selain memberi pengajaran kepada si pembuat fitnah.Manakala bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor pula meraka perlu menggunakan perbicaraan ini bagi membuktikan kebenaran tuduhan mereka.

Persoalan dalam diri wa adalah mengapa kes ini tidak dijalankan lagi. 

Sebagai rakyat Selangor wa memang mengharapkan kebenaran. Walaupun wa memang menyampah tengok muka Noh tetapi tidak ada sebab untuk mana-mana individu atau organisasi memfitnah dia.Jika Noh benar-benar merasakan dirinya difitnah , maka dia perlu segera mempercepatkan proses perbicaraan. Buat rayuan kepada mahkamah supaya kes dipercepatkan. Jangan tunggu selepas pilihanraya. Nanti lu tak untung dan  Kerajaan Negeri Selangor pun tak tergugat walaupun lu menang kes..

Risikonya pula  ialah jika lu kalah. Jika  Kerajaan Negeri Selangor berjaya buktikan dakwaan mereka berkenaan isu kehilangan RM110 juta wang bantuan petani miskin itu maka lu akan tersembam ke lumpur.Rakyat Selangor akan memandang lu sebagai Si Penindas Rakyat Miskin.Takdak masa depan dah. Rakyat akan tolak lu. Cukuplah takat tu jer jadi pak menteri. PRU 13 lu konpom kalah. 



Buatlah keputusan , percepatkan perbicaraan
Apa nak takot kalau lu pikir lu tak bersalah malah difitnah. 
Kasi jalan terus . Jangan tunggu-tunggu . Nanti basi.


Ada Bran?

adios


No comments:

Post a Comment