Thursday, April 19, 2012

Pukul Melayu: Provokasi Perang saudara


Kejadian pukul dan buli terhadap penyokong PR semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tidak ada pula mana-mana individu atau  pihak menyatakan kekesalan atau bantahan terhadap perilaku tidak berperi kemanusiaan itu kecuali di pihak yang menjadi mangsa iaitu di kalangan pemimpin PR dan Golongan mahasiswa. Di pihak umno tak ada . Di pihak kerajaan pun tak ada.

Darah muda wa memang mendidih melihat perilaku manusia yang mengaku diri mereka melayu dan mengaku juga beragama Islam.

Perasaan kesal , marah dan benci mula menguasai diri. mangsa yang terdiri daripada bangsa melayu yang menuntut keadilan dipukul, dianiaya dan dimusnahkan harta benda mereka oleh satu lagi pihak melayu yang berlainan pandangan. Perlu diingat "Mereka berhak meminta nak bagi atau tidak itu hak kerajaan"

Negara Malaysia sudah jatuh maruahnya kerana perbuatan-perbuatan manusia terkutuk ini. Undang-undang tidak dihormati dan   seolah-olah sudah tidak wujud. 

Dalam perundangan negara , perbuatan mendatangkan kecederaan dengan niat boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman sekiranya bersalah.Apatah lagi perbuatan menyerang individu atau kumpualn lain dengan niat mendatangkan huru hara.

Apakah tindakan undang-undang dikenakan terhadap pelaku kesalahan di Jalan Kebun, di Johor, di Pahang, di Kelantan, dan terbaru di Dataran Merdeka Kuala Lumpur?

PAS perlu lebih bijak dalam menguruskan hala tuju parti. PAS perlu melihat kes-kes jenayah terbuka yang berlaku ke atas melayu oleh 'melayu' sebagi bukti bahawa pihak melayu pro umno tidak ikhlas dalam memperjuangkan melayu apatah lagi Islam. Insiden-insiden yang berlaku seperti dirancang dengan teliti.

PAS perlu menolak sebarang bentuk perbincangan demi melayu dengan umno . Apatah lagi bersatu dengan mereka.

Jika melayu pro umno ikhlas, mereka tidak akan membiarkan perkara-perkara jenayah itu berlaku. Umno sendiri sering melaungkan bahawa perpecahan melayu akan merugikan melayu. Malah itulah ucapan wajib penceramah-penceramah umno dalam setiap kali menjelang pilihanraya selain ungkapan "jika umno kalah cina akan memerintah,"  Itulah modal mereka memperngaruhi jiwa melayu.

Kesedaran bahawa melayu hanya berpecah dalam penilaian, pegangan politik, dan undi; wujud pihak yang tidak bertanggungjawab mula memainkan peranan bagi menghasut sehingga ada pihak melayu yang sanggup menumpahkan darah bangsa mereka sendiri. Ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa memang melayu sudah berpecah

Jika sebelum ini ugutan mereka tidak menjadi kenyataan , kini mereka seolah-olah ingin merealisasikan perpecahan melayu secara total 

Apa yang berlaku hari ini ialah faktor penggalak utama kepada perpecahan melayu secara hakiki


Mahukah anda menghadapinya?

Provokasi melampau yang dilakukan pihak melayu yang melakukan jenayah semakin tidak dapat diterima dan di luar kawalan perlu dihentikan dengan tindakan undang-undang.  Sampai bila melayu di pihak yang teraniaya akan bertahan dan sabar apabila sering disakiti dan didera secara fizikal?

Ya! kita sebenarnya semakin hampir kepada perpecahan total. Jika  Melayu pro umno terus melakukan penganiayaan fizikal terhadap melayu anti umno kerana mereka tahu mereka kini kebal , kuat dan  gagah dan menganggap melayu anti umno sebagai lemah sebenarnya mereka silap besar. Kesabaran manusia ada batasnya.

Dikhuatiri nanti, 

Pada suatu tahap   melayu anti umno akan bertindak melawan dan melakukan tindak balas serupa kepada melayu yang 'menyerang' sehingga berlaku perperangan saudara.

Adalah ditakuti

Jika melayu yang teraniaya mula berprinsip
 " tak melawan mati.melawan pun mati 
maka 
lebih baik melawan"


 AMARAN!!!!!
BERINGAT SEBELUM JADI

HENTIKAN PERBUATAN TERKUTUK TERHADAP BANGSA SENDIRI
JANGAN JADI BANGANG KERANA POLITIK


BERTAUBATLAH
KEMBALILAH KEPADA ISLAM


adios
hidup nekad mati muda 
SEBELUM TERJADI LEBIH BAIK ELAK
SUDAH TERJADI  TAK BOLEH  TOLAK





No comments:

Post a Comment