Tuesday, April 10, 2012

PTPTN is a very big business


PTPTN is a very big business

Sebagai sebuah negara membangun yang berpotensi besar untuk maju Malaysia sebenarnya mampu memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyatnya yang berkelayakan dan diterima masuk ke universiti-universiti awam.

Pendapat di atas adalah  berdasarkan teori 'wang kerajaan kembali kepada kerajaan'. Semua maklum bahawa wang yang diberi kepada pelajar adalah semata-mata untuk membiayai pengajiannya di universiti.

Wang tersebut sebahagian besarnya dibayar kepada universiti yang berkenaan sebagai bayaran yuran dan bakinya dikredit ke dalam akaun pelajar sebagai wang saku atau pun wang persediaan perbelanjaan luar jangka bagi sesuatu keperluan pembelajaran  setiap semester.

Kerajaan memperuntukkan wang yang banyak bagi pendidikan dalam belanjawan setiap tahun. Sebahagian besar peruntukan itu diperoleh oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan bakinya pula kepada Kementerian Pelajaran. Ini bermakna universiti awam dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan dari segala sudut termasuk infra struktur, peralatan dan gaji pensyarah serta seluruh kakitangan.

Secara kasar dapatlah dianggap yuran yang dibayar oleh pelajar kepada universiti hanya merupakan wang membayar bil-bil perkhidmatan seperti elektrik, air serta kos pengurusan pejabat yang tidak dapat dibeli dengan wang peruntukan kerajaan.

Dianggarkan kos yuran pembelajaran bagi seorang pelajar sarjana muda ialah RM 10.000 dengan jumlah pelajar seramai 10,000 orang bermakna universiti tersebut menerima kembali wang PTPTN sebanyak RM100, juta. Dan jumlah tersebut didarabkan pula dengan jumlah universiti awam dalam negara. Kita ambil 20 universiti untuk mempermudahkan kiraan 20 X 100 juta ialah  2 bilion. (jumlah ini ialah jumlah bagi satu intake. Jumlah hutang PTPTN sebanyak RM28 billion adalah jumlah keseluruhan semua intake sejak PTPTN diperkenalkan hingga kini)

Jika perkiraan di atas adalah benar , bermakna kerajaan mendapat kembali wang pinjaman pelajar kerana universiti awam adalah hak milik kerajaan.Kecuali jumlah yang dikredit terus ke akaun pelajar.Mana pergi duit tu kena tanya pihak universiti. wa memang tak tau... hahaha!

Apa yang berlaku sekarang ialah seolah-olah kerajaan beri pinjaman wang untuk dibayar kepada universiti ( kerajaan juga dapat balik duit tu) menyebabkan pelajar berhutang dan dikenakan faedah 4% setahun .

Carta aliran wang PTPTN

 PTPTN (kerajaan) > pelajar > Universiti (kerajaan)= break even 
  Pelajar >  PTPTN (kerajaan) = untung 100% + interest 4%

Jika teori ini benar bermakna kerajaan untung 100% walaupun tanpa faedah 4%

Daripada sudut lain wa nak ungkit pembaziran kerajaan yang wa tau sahaja. yang wa tak tau wa tak tulis  sebab nanti kena saman fitnah. Wa nak bayar dengan apa? dengan nyawa boleh tapi diorang nak ke nyawa wa? hahah!  i am not  too young to die so apa ada hal kalau diorang nak nyawa wa.

Pertama sekali PKFZ RM 12.5 billion, Scorpene RM7.3 billion, Lembu RM250 juta. jumlah ini sahaja telah mencapai RM 20.05 billion. Jumlah itu sudah hampir dengan jumlah hutang PTPTN yang dinyatakan oleh Husam Musa iaitu sebanyak RM28 billion sahaja. Itu belum masuk pembaziran yang wa tak ingat dan yang wa langsung tak tau.

Menurut perkiraan bodoh wa , sekiranya tiada pembaziran wang secara besar-besaran PTPTN tidak perlu wujud langsung kerana kerajaan terbukti mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia yang cuma berjumlah 28 juta orang ini.



adios


No comments:

Post a Comment