Monday, April 16, 2012

PR Jangan Bangang

Fenomena keluar Umno dan menyertai PAS atau PKR sedang menjadi-jadi sekarang ini. Memang susah kalau nak dikatakan mereka ini ikhlas untuk menyertai parti PR  kerana mereka telah lama bersama UMNO dan mengetahui segala tindak tanduk UMNO. Orang-orang terpinggir ini akan mencari jalan keluar untuk memberi pengajaran kepada bekas parti mereka dahulu.

Ada kemungkinan juga mereka diarah berbuat demikian untuk memporak perandakan parti seperti mana berlaku kepada PKR Ampang. Tolol setololnya PKR kerana tertipu dengan agen UMNO. Kepada Pas pula dikhuatiri wujud agen UMNO dalam parti PAS di Kedah. 

Peritiwa yang berlaku selepas PRU 12 di Perak harus menjadi Ikhtibar kepada PR. Kemenangan PR di Perak adalah sia-sia kerana pembelotan calon PR yg menang dalam PRU tersebut. Siapa mereka? Dua orang daripada mereka adalah bekas ahli UMNO yang kononnya terpalit dengan kesalahan undang-undang. Tidak terfikirkah kemungkian bahawa mereka sebenarnya memang telah merancang berbuat demikian sejak awal menyertai PKR?

Tanpa mengira teori itu benar atau tidak PR harus lebih berhati-hati dalam memilih calon untuk bertanding dalam PRU13 nanti. Kalau PR kena tipu lagi bermakna PR memang bodoh, bangang dan tolol@ bahalol.

Tanpa mengikut pandangan sesiapa , sesungguhnya wa memang yakin PR bakal memenangi sekurang-kurangnya dua negeri lagi disamping mengekalkan kemenangan di negeri sedia ada Selangor , Penang dan Kelantan.

PR juga akan dapat memenangi lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen di negeri-negeri seperti Sabah Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan pahang. Ini bermakna walaupun PR tidak berjaya menawan Putrajaya mereka tetap akan mempunyai suara besar sebagai pembangkang di parlimen.

Selain matlamat menerajui negara ke arah lebih cemerlang dan makmur jika menang; sebaliknya jika kalah, PR  yang mempunyai ahli lebih besar di parlimen selepas PRU13 seharusnya dapat mengekang pembaziran daripada terus berlaku. Tanpa pembaziran besar-besaran seperti yang tercatat di sini, negara bukan sahaja mampu memberi pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN malah mampu memberi kehidupan lebih baik kepada rakyat Malaysia yang cuma berjumlah 28 juta orang.

Setakat ini rakyat telah mula menikmati sedikit demi sedikit faedah kewujudan pembangkang di parlimen. Antaranya yang jelas sekarang ini ialah pemansuhan tol ceras, dan BR1M. Berkemungkinan juga pemansuhan faedah pinjaman PTPTN dan  pemansuhan tol Sungai Rasa Klang sebelum PRU13. 

Jika masih berlaku fenomena calon menang dibeli untuk menyertai BN selapas PRU 13 maka sia-sialah perjuangan PR selama ini. Untuk mengelakkanya PR perlu lebih berhati-hati dalam memilih calon. Jangan calonkan mereka yang bermasalah dengan undang-undang kerana pasti mereka mudah disogok setelah memenangi pilahanraya kelak.

Semoga PRU13 menjadi titik tolak kepada Malaysia yang lebih maju dan berdaya saing di peringkat global serta menjadi pemangkin kepada kesejahteraan hidup rakyat Malaysia setaraf negara maju kerana  sesungguhnya rakyat Malaysia sudah layak menikmatinya jika tiada penyelewengan dan pembaziran skala besar oleh pemimpin terdahulu dan sekarang.



 UNDILAH PR
DEMI MALAYSIA YANG LEBIH BAIK


adios




No comments:

Post a Comment