Tuesday, April 3, 2012

Penjawat Awam Dah Goyang

Berita penyiaran pekeliling SSM 2012 telah membuatkan PA berasa gembira. Pelaksanaan SSM yang ditambah baik merupakan satu kejayaan besar buat najib razak dalam mengambil hati penjawat awam yang selama ini marah dan kecewa dengan pembatalan SBPA.


Najib mempermainkan jiwa dan minda PA selama hampir satu tahun sejak mengumumkan kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus pada belanjawan 2012 yang dibuat pada tahun lalu sehingga pekeliling SSM 2012 dikeluarkan pada Jumaat lalu.


Dengan itu juga, psikologi Penjawat Awam berdepan dengan dilema sama ada mengekalkan kerajaan atau memilih kerajaan baru bagi menggantikan BN pada PRU13. Meski pun kenaikan 13% ini tidak memberi kesan kepada hard core pakatan rakyat namun tidak dinafikan dapat menggugat pengundi atas pagar di kalangan Penjawat Awam.


Digambarkan sekurang-kurangnya 50% Penjawat Awam kini merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat terutama di kalangan bukan melayu. Baki 50% daripada jumlah keseluruhan 1.4 juta Penjawat Awam pula terbahagi kepada dua bahagian; 25% merupakan penyokong BN terdiri daripada tentera dan polis manakala 25 % lagi digambarkan sebagai pengundi atas pagar.


Jika Penjawat Awam yang tergolong dalam kategori atas pagar ini berpaling kepada BN pada PRU13 kelak ia mampu memberi impak besar kepada impian Pakatan Rakyat menakluki Putra Jaya.


Bagi yang mahu berfikir .. fikirkanlah betapa negara yang semaju ini masih tidak ditadbir dengan baik malah semakin hari semakin buruk. Kekayaan negara yang diperoleh daripada sumber asli seperti minyak dan sumber pertanian dimonopoli segelintir pihak sahaja.


Kegagalan menangani pelbagai salah laku pemimpin sekarang harus diberi perhatian serius oleh pengundi kerana salah laku mereka membabitkan harta negara yang sepatutnya dikembalikan kepada rakyat melalui pembangunan infra struktur dan subsidi tertentu bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat.


Potensi Kerajaan pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan harus diambil kira dan dijadikan perbandingan dengan potensi negeri-negeri di bawah urus tadbir Barisan Nasional.


Justeru itu  Penjawat Awam haruslah menggunakan akal kurniaan tuhan berpandukan bukti-bukti yang terdapat dalam kehidupan harian anda di negara tercinta ini.  Buat penilaian sebaik mungkin sebelum membuat keputusan menentukan kerajaan yang bakal menerajui Malaysia selepas PRU13.


Usah dihiraukan ugutan ketua-ketua jabatan anda kerana tidak akan berlaku ketidak adilan kepada anda walaupun anda mengundi Pakatan Rakyat kerana undi adalah hak anda. Walau bagaimana pun anda dinasihatkan agar tidak menyokong secara terang-terangan seperti menjawat jawatan penting dalam parti-parti Pakatan Rakyat.


UNDI ANDA HAK ANDA
ANDA BERHAK MEMILIH PEMIMPIN ANDA
PILIHLAH YANG TERBAIK BUKAN YANG TERBURUK


adios


No comments:

Post a Comment