Thursday, April 12, 2012

Pemimpin Hebat Yang Ditolak UMNO


wa mohon izin sambung sikit YM Tengku, 

"Kekalahan UMNO Baik Untuk Malaysia Dan UMNO Itu Sendiri" 


Salah seorang pemimpin veteran melayu yang wa sanjung selain Musa Hitam ialah YM Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau pernah menentang UMNO BN dengan menubuhkan parti Semangat 46 pada tahun 1989 bersama-sama Rais Yatim , Almarhum Datuk Harun Idris dan  Shahrir  Abdul Samad namun gagal menyaingi kekuatan UMNO BN pada masa itu.

Petikan kata-kata YM Tengku Razaleigh untuk dipertimbangkan bersama
Sebaliknya, Amanah – sebuah NGO - adalah suara menuntut kebenaran, keadilan dan rasa timbang rasa melalui perpaduan kaum berasaskan Amanah Merdeka bekas Perdana Menteri pertama itu.
“Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan kita secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa sedang berlaku di negara kita,” ujar Ku Li merujuk kepada sikap pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku.
Menurut beliau, Orang Melayu dan juga kaum-kaum lain di negara ini - "tidak rasis dan tidak pernah rasis" tetapi mereka bersikap perkauman kerana dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ‘komunalis’, yakni kaum yang bersikap perkauman.
“Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang “Islamik” mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad SAW berdakwah menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah,” katanya.

Wa sokong YM tengku 100%

adios

No comments:

Post a Comment