Monday, April 16, 2012

Pas Parti Cap Ayam Jika Gabung Dengan UMNO

Nak tergelak pun ada apabila mendengar rayuan Perkasa kepada Pas supaya bergabung dengan UMNO demi Islam Dan Melayu. Siap guna perkataan wajib lagiiii!!! huhu!

UMNO-PAS WAJIB BERSATU UNTUK ISLAM DAN MELAYU!!


Pemimpin Perkasa mahu PAS dan Umno bersatu.Laporan Sinar Harian menyatakan,pemimpin Perkasa menegaskan bahawa kerjasama politik Pas dan Umno, yang menjadi topik perbincangan sejak pilihan raya umum 2008, sangat penting bagi menjamin kesepaduan dan masa depan orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu ketika ini memang berlaku, tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak bersatu.

Mengapa Pas boleh bersatu dengan DAP yang jelas tidak memperjuangkan akidah yang sama dalam perjuangan parti tetapi Umno yang memperjuangkan akidah yang sama, Pas tidak mahu bersatu?

Perbezaan yang wujud bukan untuk berpecah belah tetapi untuk meraikan perbezaan itu,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk, Mengapa Undi Melayu Pecah. -SUMBER

Setelah bengkak-bengkak  dan  pecah darah  kepala melayu bukan UMNO dipukul, ditendang dan diterajang ; (kes dua beradik dipukul di Kelantan, Kes Adam Adli ditumbuk di Kg Kerinchi, Kes kereta Anwar dirosakkan, Kes Nurul Izzah hampir dilempang orang kuat UMNO ) datang pula hero Perkasa menyatakan perlunya Melayu bersatu demi Islam dan Melayu. 

Poorah!!! Islam apa bendenya macam tuu? Sayang Melayu sangat lah tuuu!!! kahkahkah! 

Kalau tidak kerana nak mempertahankan kuasa politik mereka, mereka tidak akan merayu sedemikian rupa. Setiap yang berlaku adalah sejarah hitam yang tidak boleh dilupakan oleh melayu PAS dan juga semua melayu yang bukan ahli PAS/UMNO. 


Pas pernah menyertai UMNO tetapi dipermainkan dan ditipu. Mahukah Pas memperbodohkan diri sekali lagi? Wa berprinsip kalau ditipu dua kali oleh orang yang berbeza mungkin kerana kita alpa tetapi ditipu dua kali oleh orang yang sama menunjukkan kita bangang, tolol, bahalol dan goblok kelas pertama.

Secara peribadi wa berpendapat 
UMNO tidak perlukan melayu Pas 
UMNO layan kerajaan melayu Pas Kelantan 
macam orang asing
Hak melayu Kelantan dicurangi
Sayang Melayu kepala wotak luuuuu!

Kesimpulannya 
Toksah layan Perkasa.


adios


No comments:

Post a Comment