Sunday, April 22, 2012

Pakatan berkubur PRU13


FAKTOR-FAKTOR UTAMA KEGAGALAN PR MENAWAN PUTRA

1. PERTUKARAN PENGUNDI BN DARI KAWASAN LAIN KE KAWASAN BERISIKO BAGI BN


2. TIADA PENGAWASAN KE ATAS SPR TERUTAMA DALAM PROSES PENGIRAAN UNDI



3. PERTUKARAN ALAMAT PENYOKONG PR KE KAWASAN LAIN BAGI  MEMECAH UNDI



4. DAN PALING UTAMA  ISU KEHADIRAN PENGUNDI WARGA BARU UNTUK MENUNDI BN



1.7 juta pengundi hantu di seluruh negara sekarang!
Posted on Saturday, April 14 @ 09:02:05 CDT by paktam
Oleh AZIZ MUDAKUALA LUMPUR: Jumlah pengundi hantu di seluruh negara sekarang berjumlah tidak kurang 1.7 juta orang, dengan didasarkan kepada jumlah awalnya sebanyak 322,936 orang pada tahun 2006 lalu menerusi Projek IC di Sabah.
Anggaran tersebut dibuat berdasarkan perkiraan setiap mereka yang telah diberikan kad pengenalan menerusi projek itu pada 2006 telah mempunyai anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan kesemua anak-anak mereka itu juga sudah berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi.

sumber>
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=20290



SEKIRANYA SEMUA FAKTOR DI ATAS ADALAH BENAR,

Bermakna BN akan terus berkuasa ke atas Malaysia. Hasrat untuk menyaksikan Malaysia ditadbir kerajaan baru akan musnah. Rakyat terpaksa menerima nasib yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini . 


Kekayaan negara akan terus dimonopoli kelompok tertentu. Rakyat akan terus hidup tersepit dengan pelbagai ketidakadilan dan pembaziran pemimpin.

Walau apa pun kepada pengundi yang berhasrat mengubah kerajaan teruskan niat anda.


Jangan jadikan faktor di atas sebagai alasan untuk lemah semangat dan bertukar arah. 1.7 juta pengundi yang dinyatakan sebenarnya tidak banyak walaupun mampu menggugat keputusan pilihanraya.


PR perlu bekerja lebih keras memberi penerangan kepada pengundi dalam kempen yang singkat itu nanti. Semua penyokong PR perlu memainkan peranan menjelaskan pekara sebenar kepada rakan-rakan dan saudara terdekat.


Orang-orang Cina sudah sebulat suara menolak BN. Yang masih 50/50 ialah bangsa melayu.Banyak yang masih terawang-awang antara mahu berubah atau mahu kekal dengan BN.

Semoga terdapat sokongan baru di saat-saat akhir pilihanraya. 


Wa
Sangat Mengharapkan Malaysia Baru


adios

No comments:

Post a Comment