Wednesday, April 4, 2012

Majlis Raja-Raja Perlu Ambil Alih SPR


Bersih 3.0 akan dilancarkan bagi mendesak penambahbaikan lima isu utama pilihanraya umum iaitu:
  1. Manipulasi dalam daftar pemilih
  2. Skandal undi untuk kewarganegaraan di Semenanjung malaysia
  3. Penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan mengukuhkan takrif kesalahan pilihanraya
  4. Rancangan untuk menghentikan 'politik kotor'
  5. Pemerhati undangan antarabangsa
Berdasarkan statement oleh Kerengga seperti di atas adalah diragui ketelusan Pilihanraya UMUM 13 yang bakal dilangsungkan di negara ini pada bila-bila masa.

Oleh kerana SPR ditadbir urus oleh kerajaan yang meneraju pemerintahan semasa bermakna SPR boleh diarah melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh majikannya. Kemungkinan untuk SPR bebas daripada belenggu kerajaan semasa adalah terlalu tipis.

Setiap kali pilihanraya pasti ada sahaja perubahan yang dilakukan. Ini dilihat umum sebagai  usaha memastikan keputusan pilihanraya memihak kepada parti  tertentu . Penyataan Najib kebelakangan ini yang begitu optimis BN akan mengambil alih semula pemerintahan Selangor boleh menguatkan lagi andaian wujudnya sesuatu yang tidak kena dengan SPR. 

Sedangkan pada masa ini sokongan kepada PR lebih baik dan besar jumlahnya. jika diukur daripada sambutan ceramah politik dan program-program anjuran PR sangat mengujakan berbanding program anjuran UMNO BN yang dilihat sering suram.  Sesetengah program UMNO BN dilihat sebagai lebih kerusi dari pengunjung. 


Bagi memastikan pilihanraya bersih dan telus, Pengurusan dan Tadbir urus SPR perlu dijalankan oleh Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja pastinya lebih telus dan bersih kerana  Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana pilihanraya. Berbanding kerajaan semasa yang berkepentingan dalam setiap pilihanraya kerana Parti pemerintah turut bertanding dalam pilihanraya bagi memastikan keterusan parti pemerintah menguasai kerajaan bagi penggal berikutnya.


adios


No comments:

Post a Comment