Thursday, April 26, 2012

War Time : ARe You ReaDy?


KENANGAN MENGUSIK KALBU


Bersih 3.0 bakal menghadapai masalah besar memandangkan Polis sudah mengeluarkan surat 'tidak meluluskan' permohonan menganjur perhimpunan BERSIH.  


ABAIKAN PROVOKASI DEMI UNDI ANDA
TERTANGKAP ATAU CEDERA BERMAKNA PR AKAN KEHILANGAN UNDI ANDA
BE SMART, PLEASE!

Jika dibandingkan dengan perhimpunan bersih yang lalu, perhimpunan kali ini dijangka lebih besar. Apa yang didakwa sebagai bukti-bukti baru penyelewangan SPR yang dikeluarkan oleh PR melalui web rasminya dan juga melalui blogger-blogger pro PR akan mendorong lebih ramai rakyat yang inginkan pilihanraya yang adil untuk menyertai Bersih 3.0.


Peserta Bersih perlu lebih berhati-hati dalam perhimpunan kali ini. Dikhuatiri kejadian 'dibelasah ' dan kematian mengejut seperti yang berlaku dalam bersih 2.0 berulang kembali.


Oleh itu , peserta bersih perlu bersiap sedia sebelum turun berjuang. Pastikan anda berada dalam keadaan yang sihat sepenuhnya. Pesakit jantung dan asma diminta agar tidak menyertai rally Bersih kali ini kecuali jika diadakan dalam stadium. Elakkan juga membawa anak-anak kecil.

Ingat..
UNDI ANDA LEBIH PENTING

Pakaian perlu sesuai dan membolehkan seseorang bergerak pantas jika sesuatu berlaku. 


Saranan keperluan semasa menghadiri bersih.

  1. Baju T rasmi kempen BERSIH
  2. Baju simpanan sekiranya basah ditembak air
  3. karung plastik lut sinar untuk cover muka daripada asid semburan (saiz muat untuk sarung kepala, udara boleh masuk ikut bawah dagu)
  4. kasut sukan atau safety boot
  5. seluar yang tidak menyekat pergerakan. seluar trek lebih baik
  6. bawa telur mentah (pandai-pandai la guna untuk menyelamatkan diri)
  7. FIKIRKAN KEPERLUAN KESELAMATAN ANDA

SEMASA DUDUK BANTAH atau PERARAKAN (jika berkaitan)

1.Sentiasa waspada dengan persekitaran anda.

2.Pastikan rakan yang terdekat dengan anda bukan musuh dalam selimut.Dikhuatiri peristiwa Terengganu berlaku lagi. Anasir jahat akan menyelinap dalam kumpulan Bersih untuk memberi reputasi buruk.

3.Pastikan tiada  bangsa lain selain melayu (termasuk bumiputra sabah/sarawak),
cina,india dan sikh dalam kumpulan anda.
Kumpulan 'pendatang' mungkin menyusup untuk buat dajal.

SEKIRANYA BERSIH DIADAKAN DI STADIUM

1. Jawatan kuasa PR perlu terlebih dahulu siasat keadaan dalam stadium.
2. Cari 'pakar' untuk periksa segenap ruang agar kejadian letupan bom seperti di mahkamah Jalan Duta tidak berulang.
3. Tempatkan AJK keselamatan di stadium sejak awal pagi.


SELAMAT BERJUANG
WA DOAKAN SEMUA ANDA SELAMAT PERGI DAN PULANG
SEMOGA DILINDUNGI YANG MAHA ESA


gambar menarik di sini

wa suka lu ma!
adios



No comments:

Post a Comment