Saturday, January 4, 2014

Gaji Penjawat Awam Tak Capai Standard Gaji Dunia

Gaji Penjawat Awam Berijazah yang mula bekerja dalam gred 41 (T1) di Malaysia adalah di bawah standard gaji dunia. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2141.31 bersamaan USD991 yang berkuatkuasa mulai Januari 2012 hanya mencapai 67% standard gaji dunia.

Gaji perjawat awam gred 41 ini hanya akan mencapai standard gaji dunia setelah berkhidmat selama lapan tahun kerana pegawai ini akan mendapat kenaikan pangkat secara time based ke gred 44 mulai tahun ke sembilan bergantung pada bulan lantikan seseorang. Dimaklumkan terdapat empat tarikh kenaikan gaji berlainan bagi setiap Penjawat Awam dalam perkhidmatan awam.



Pada gred gaji 44 iaitu pada tahun ke sembilan berkhidmat barulah Penjawat Awam akan menikmati gaji yang memenuhi standard gaji purata dunia . Jumlah itu ialah RM3620.78 bersamaan USD1480 yang mewakili 113% standard gaji dunia

Bagi yang gagal mendapat kenaikan pangkat secara time based pula mereka hanya akan menikmati gaji yang setaraf standard gaji dunia pada tahun ke dua belas iaitu sebanyak RM3265.60 yang mewakili 102% standard gaji dunia.

Bagaimmana pula standard gaji pegawai-pegawai kerajaan yang tidak mempunyai Ijazah iaitu mereka yang hanya berkelulusan Diploma , STPM, dan SPM?

Sudah pasti gaji permulaan mereka ini jauh lebih rendah daripada standard gaji dunia. Bagaimanakah kehidupan mereka dalam negara yang kos hidupnya semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Standard Gaji minima yang diperjuangkan oleh Kesatuan-Kesatuan pekerja seharusnya dipertimbangkan sewajarnya bukan ditolak dengan pelbagai alasan. Alasan akan sentiasa ada sekiranya kita ingin menolak sesuatu.

sumber standard gaji dunia di sini

Nak kasi api sikit.....

Penjawat Awam melalui Quepacs perlu mendesak kenaikan gaji SSM yang lebih baik agar setara dengan standard gaji dunia iaitu RM3200 bagi gred 41 (T1) .

Negara kita kaya tetapi rakyat hidup susah. Pada pendangan peribadi wa, Malaysia jika ditadbir dengan betul mampu memberikan elaun sara hidup sekurang-kurangnya RM300 sebulan per keluarga kepada rakyat yang kurang berkemampuan iaitu mereka yang berpendapatan tidak menentu dan daif.

Bantuan Pusat Zakat dan Kebajikan Masyarakat setakat ini hanya berjumlah kurang RM100 sebulan dan tempoh bantuan juga adalah terhad.

Yang kelakarnya duit zakat pun nak simpan buat harta .
Periksalah berapa banyak wang simpanan pusat zakat setiap negeri. Berbilion beb!!!!!
Tak faham makna zakat ke mangkok-mangkok ni?

Berlambak orang miskin di Malaysia ni.
Tak percaya tontonlah siri BersamaMu siaran tv pencacai.

Menteri pulak dok pusing line kata rakyat Malaysia bebas kemiskinan tegar..
tadak wotak ke?

sori la .. emosi sikit bab org miskin ni!

adios

No comments:

Post a Comment