Friday, April 20, 2012

dia ingat dia pandai

Di sebuah Universiti ....


Seorang pensyarah sudah menyempurnakan kuliah kepada ratusan pelajarnya dalam sebuah dewan kuliah. Untuk bersurai , masa masih ada 10 minit. Kerana takut dikatakan ponteng sepuluh minit, pensyarah tersebut mengambil keputusan memberi petua kepada pelajar-pelajarnya.

"Baiklah memandangkan kita masih ada sedikit waktu sebelum bersurai, Saya ingin memberikan petua, 'mengenali sifat lelaki melalui kedudukan botak di kepalanya.' 
Sila buat catatan , petua ini sangat berguna kepada kamu semua." jelas pensyarah itu dengan angkuh, riak, ego , macho dan selamba.


Setelah semua pelajar bersedia dengan pen dan kertas, pensyarah berambut lebat itu pun mula memberikan petuanya.


Jika lelaki itu botak di sebelah tepi kepala 
bermakna dia  ingat 

tetapi 


jika lelaki itu botak di tengah kepala
 bermakna dia pandai. 



Itu sahaja petua untuk hari ini. 
Ada apa-apa soalan?

Seorang pelajar wanita bangun lalu bertanya ....
"Bagaimana jika lelaki itu botak di tepi dan di tengah?"

Pensyarah itu dengan selamba menjawab,

"Dia Ingat Dia Pandai"




bukti ic pilihanraya
sila ke sini SUMBER




kih!kih!kih!
Selamat Bercuti

adios

No comments:

Post a Comment