Sunday, April 15, 2012

Dapat RM50 Saya Cabut

Konvoi motosikal yang dikatakan berjumlah beratus-ratus buah bergerak dari Dataran Shah Alam  ke jalan kebun semalam merupakan satu yang digahkan oleh UMNO. UMNO masih mahu gah walaupun mereka sendiri mengetahui siapa yang mereka upah untuk konvoi berkenaan. Tanpa upah tiada siapa akan menghadiri kempen najib pada hari itu.


Nak upah orang dewasa RM50 orang taknak. terpaksalah upah budak-budak.


Menurut seorang peserta konvoi yang berusia 17 tahun, dia menyertai konvoi berkenaan untuk mendapatkan RM50 yang dijanjikan bagi setiap motosikal. Apablia sampai ke destinasi wang RM50 diberikan bersama dengan  dua helai baju T dan sehelai serkup kepala. cap apa lagi kalau bukan cap parti nak lingkop tuu.... hahaha!!!


Menurut remaja itu, setelah mendapat wang dan baju T dia pun bergerak pulang ke rumah walau dihalang oleh petugas . "Kerja dah buat gaji dah dapat, saya cabut laaaa.." " Buat apa tunggu , saya bukan orang politik, mengundi pun belum layak." tambahnya lagi 


Begitulah terdesaknya UMNO, keluar duit untuk menunjukkan bahawa mereka masih mendapat tempat di hati masyarakat.
 Lu bayar olang untuk tengok lu. 
itu pun ramai buat dekkkkk jer semasa lu bercakap. 
Lu punya ajk sahaja yang terlaung-laung. 
sadis!!!
nak meleleh air mata wa beb.
hahaha!


Kesian pun ada... hiskhiskhisk!

adios

No comments:

Post a Comment