Thursday, April 5, 2012

Bodohkah Mahfuz Omar


Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab 

memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi 

dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. 

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi, 

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing. sambungan di sini


Tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Mahfuz Omar ini sesuatu yang serius. Satu tuduhan yang tidak akan dilontarkan secara umum oleh seorang ahli politik yang matang dan tahu risiko terhadap dirinya sekiranya dia berbohong. 

Apatah lagi beliau merupakan ahli sebuah parti politik yang sedang berusaha menumbangkan kerajaan sedia ada melalui proses pilihanraya yang sah.

Pastinya kerajaan sedia ada akan menggunakan segala peruntukan undang-undang untuk mendakwa Datuk Mahfuz sekiranya tuduhan ini adalah fitnah semata-mata.

Sebelum membuat tuduhan pastinya Datuk Mahfuz telah membuat penilaian yang bijak berdasarkan sumber-sumber yang beliau percayai serta mendapat nasihat pakar undang-undang. Sayangnya tuduhan ini tidak disertakan dengan bukti untuk mengukuhkan dakwaan.

Jika benar tuduhan Datuk Mahfuz Omar ini:
Di mana kita? Apakah kita merestui segala ini berlaku?

Apabila disebut warga asing , Bangladesh, Indonesia, Filipina, Myanmar, Pakistan, China, Vietnam , Kemboja dan Afrika adalah wajah-wajah yang terbayang di mata dan terkenang dek fikiran kerana wajah-wajah inilah yang berlambak di Malaysia sekarang.


Sukar wa nak gambarkan jika AFRICAN juga diberi kewarganegaraan. kahkahkahkah..

Jumlah yang diperlukan UMNO BN (pada hemat wa berdasarkan sokongan semasa kepada PR ) untuk mengatasi PR dengan mudah pada PRU akan datang ialah dalam lingkungan 1 juta undi. Adakah ini bermakna sebanyak 1juta Kad pengenalan dan kewarganegaraan baru dikeluarkan? 

Di andaikan pula bahawa pengundi-pengundi (warga negara baru)  ini ditempatkan di Pulau Pinang dan Selangor kerana kedua-dua negeri ini menjadi fokus utama UMNO BN. Bermakna kedua-dua negeri yang ditadbir PR ini akan jatuh kembali kepada BN dengan mudah.                           


Apa pun hakikat sebenarnya, Para Menteri terutama PM perlu menjawab sama ada menafikan atau mengakui tuduhan ini. Jawapan daripada Najib terhadap tuduhan pastinya akan meredakan kemarahan rakyat yang sememangnya telah menyampah dengan bibir merah bak delima milik Najib itu.


Sekiranya Najib menafikan tuduhan ini, Najib wajib pula menghukum Datuk Mahfuz Omar kerana membuat tuduhan palsu terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas. Tanpa tindakan undang-undang , penafian Najib akan dilihat umum sebagai satu penipuan atau helah bela diri.



Inikah hakikat sebenar pilihanraya di Malaysia????


adios


Terkini 5.4.2012


Hari ini, Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mahfuz, bahawa beliau terlibat dalam 'task force' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.


Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab juga menafikan beliau terlibat dan menyifatkan dakwaan Mahfuz adalah tidak benar.


dipetik daripada
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/04/mahfuzomar-pertahan-dakwaannya.html





No comments:

Post a Comment