Tuesday, April 3, 2012

Bodoh Punya Melayu


Antara faktor kekuatan  yang mampu membuatkan melayu bertahan di sesuatu tempat atau kawasan ialah pemilikan tanah. Berbanding dengan nasib negeri-negeri lain di malaysia Kelantan masih mengekalkan status tanah rizab melayunya sejak  sebelum merdeka.  

Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan yang diwujudkan pada 4 November 1930 semasa masih dijajah Inggeris.Sejak itu tiada seinci pun tanah rizab melayu di Kelantan yang diambil alih atau dijual kepada bukan melayu. Keluasan tanah rizab melayu kelantan kekal sepertimana digazetkan iaitu seluas 1,309,153.38 hektar yang mewakili 85% tanah milikan di Kelantan. Bakinya 195,197 hektar yang mewakili 15 peratus pula adalah tanah bukan rizab melayu.  

Kesemua negeri yang diperintah BN mengalami kemerosotan jumlah tanah rizab melayu. Kemerosotan ini berpunca daripada ketidak sungguhan kerajaan UMNO BN dalam mengekalkannya.

Sikap tamak dan tidak bertanggung jawab pemimpin-pemimpin umno turut membawa petaka kepada kemerosotan  tanah rizab melayu. Penjualan tanah-tanah rizab melayu kepada bukan melayu dan ada antaranya dibangunkan untuk kepentingan umum sesebuah negeri antara faktor penyumbang kepada kemerosotan tanah rizab melayu di luar Kelantan.

Adalah dikesali ketidak prihatinan pemimpin-pemimpin UMNO BN untuk mengganti kembali tanah rizab melayu yang dibangunkan oleh kerajaan. Dengan motto parti berbunyi 'hidup melayu' sepatutnya umno lebih bertanggungjawab terhadap kepentingan tanah rizab melayu demi menjamin kewujudan bangsa melayu di bumi melayu.

Kehilangan tanah rizab melayu sedikit-demi sedikit akan menjadi punca kepupusan tanah pegangan melayu di Malaysia. Jika ini benar-benar berlaku, Melayu akan menjadi bangsa yang benar-benar merempat di negara sendiri. Bukan lagi sebagai lirik lagu  Biro Tata Negara. Bukan juga antara baris dalam bait-bait puisi sasterawan.

Mampukah  kita menahan kerakusan pembesar melayu era kini? 

jawapannya mudah. Kita tidak mampu. Selagi mereka masih bersultan di mata dan beraja di hati, tindakan bodoh mereka tidak mungkin mampu dihalang sehingga tanah rizab melayu benar-benar pupus.

Apa daya kita? Sebenarnya  Kita berkuasa besar  sebagai rakyat sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Hanya dengan sebatang pensel dan kepinagn kertas undi kita mampu menghalang kerakusan mereka.

Justeru itu, berubahlah sebelum terlambat. Jangan lagi kita leka dengan dodoian lagu-lagu indah, sogokan beras sekampit dua dan janji-janji si pengkhianat  bangsa. 





tekadkan hati bulatkan kata. 
menghancurkan BN matlamat kita


Teruskan langkah mulia menginjak UMNO di bumi Malaysia





adios

No comments:

Post a Comment