Monday, March 26, 2012

Rizab Kewangan Selangor meningkat RM1.1 bilion


Inilah antara bukti PR lebih hebat dan lebih telus daripada UMNO/BN walaupun baru 4 tahun memerintah Negeri Selangor.Rizab Kewangan  negeri Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion iaitu sekali ganda berbanding RM 800 juta ketika era pemerintahan  UMNO/BN.


Dipetik dari, 
Harakahdaily  25Mac 2012



Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi mandat pada 2008, Abdul Khalid juga memberi komitmen bahawa pasukannya akan meneruskan banyak lagi program kebajikan kepada rakyat jika masih dipilih pada PRU-13 nanti.


"Orang kata bagi air percuma kita akan bankrap, tapi sudah empat tahun, bukan kita bankrap tapi kita makin kaya dan rakyat mendoakan kita menjadi lebih maju.


"Kita akan perkenalkan beberapa program lg yang akan memberi manfaat kepada suri rumah tangga, ana-anak dan belia," katanya lagi.


Amalan pentadbiran yang bersih dan cekap oleh Pakatan Rakyat ujar Khalid, telah menjadikan Selangor  jauh lebih baik dari sebelumnya.


Hasil itu juga katanya, hampir RM600 juta hasil pendapatan negeri diagihkan kepada rakyat.
"Rizab kewangan negeri Selangor 2005 (zaman BN) adalah sekitar RM800 juta, tapi selepas empat tahun Pakatan Rakyat perintah, rizab kita sekarang RM1.9 bilion.
"Rakyat tidak disia-siakan. Selangorku dan merakyatkan ekonomi tak akan meninggalkan sesiapa.


"Selangor kaya, kekayaan ini lah kita akan salurkan kepada rakyat," katanya sambil menyeru rakyat Kuala Selangor untuk sekali lagi bersama Pakatan Rakyat untuk meningkatkan lagi ekonomi rakyat negeri ini.



Selangor terus maju bersama Pakatan Rakyat. 


Undilah Pakatan Rakyat. 

No comments:

Post a Comment