Friday, March 30, 2012

Penjawat Awam Kene Game

Penjawat Awam mula mencebikkan bibir apabila ditanya tentang pelarasan gaji atau tunggakan gaji. PA dah malas nak komen. Rata-rata PA malas nak bincang perihal kenaikan gaji mereka yang sepatutnya dinikmati sejak Januari 2012. Kekecewaan terungkap pada wajah mereka.


Dalam diam PA masih menunggu dengan penuh harapa agar apa yang dijanjikan segera dikota. Kenaikan gaji 13% yang telah dicanang hebat oleh media arus perdana dan media maya masih tiada tanda-tanda akan dilaksanakan.


Berita yang menyatakan tunggakan gaji akan dikredit pada akhir April 2012 mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana semua jabatan belum menerima pekeliling perubahan gaji tersebut.Tanpa pekeliling bermakna tiada pengiraan gaji baru dapat dilaksanakan.


Berita "Quepac Mahu Anggota Suruhanjaya Diumum Sebelum 31 Mac" yang dipetik daripada blog QUEPAC menambah  lagi kekusutan dan  teka teki kenaikan gaji 13%. Kenyataan QUEPACS ini bermakna masih ada perkara yang belum selesai dan perlu diselesaikan sebelum pemberian kenaikan gaji 13%.
Soalnya bila nak selesai


Wa kesian kat lu orang wahai PA. Kene Kencing Kotttttt!!


Apa lu orang berani tukar kerajaan seperti yang digebang oleh pengerusi QUEPACS lu orang tu?


Apa nak takut beb. Zaman dulu-dulu boleh la diorang tukarkan lu orang ke sana .. ke sini. Sekarang diorang dah sengkek. Mana ada duit nak tampung kos pertukaran lu orang kalau 50% PA undi PR.


Kalau ada duit pun lebih baik diorang bela lembu kat negeri lain pulak. hahaha!

kalau lu orang dikencing..... 
pastikan lu orang kencing balik. baru puas hati..

No comments:

Post a Comment