Saturday, March 31, 2012

Patutlah Lynas Perlu Diteruskan...


Kemusykilan demi kemusykilan timbul apabila kita fikir dan kaji pasal rare earth ni. Sebelum terlambat BN harus bertindak wajar. Wajar mengikut kepentingan Negara dan rakyat. Bukan untuk kepentingan pemilik sebenar Lynas yang  bagi wa masih misteri. 

Kalau tiada pihak yang mendapat keuntungan daripada kewujudan Lynas, tidak mungkin Lynas perlu berada di Malaysia
Dipetik daripada  artikel wa yang bertajuk Teori Bangsat Wa Tentang Lynas

Alhamdulillah.... Hari ini telah ada pendedahan tentang pihak yang mendapat keuntungan daripada kewujudan Lynas di Malaysia.


Siasahkini melalui artikelnya bertajuk ' Rupanya Si Tua Kutuk Ni .......telah melaporkan seperti berikut:-

 PETALING JAYA: Apa motif Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau  mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar meneruskan projek kontroversi pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) di Gebeng, dekat Kuantan meskipun projek tersebut menerima bantahan keras daripada para penduduk di sekitar?

Menurut satu kenyataan media dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Malaysia Stop Lynas’ (SMSL), ironinya bekas perdana menteri itu dalam blognya mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan pendiriannya sendiri.

Pada mulanya beliau berkata pengalaman yang dapat dipelajari dari sudut perubatan ialah pendedahan berlebihan kepada radioaktif boleh memudaratkan kesihatan jika tidak berpindah ke tempat yang lebih selamat.

“Kemudian beliau menyatakan bahawa beliau menentang pembinaan kilang kuasa nuklear kerana bahan sisa nuklear akan terus mengeluarkan radioaktif yang berbahaya untuk berjuta-juta tahun lamanya dan tidak ada kaedah yang betul-betul berkesan untuk menghapuskannya.

Nak tahu siapa yang dapat keuntungan dari kewujudan Lynas lu orang kena pergi  ke sini   sebab wa tak sanggup nak tulis nama-nama mangkok tu. Geli beb!!!

Jika berita ini benar maka kredit harus diberikan kepada penulis artikel tersebut. Semoga selepas ini banyak lagi pendedahan tentang pemilik sebenar lynas atau sekurang-kurangnya pemilik saham Lynas.


Jika  Anak Malaysia dan negara tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada kewujudannya , maka Lynas perlu berambus dari Malaysia.


Adios.

No comments:

Post a Comment